entah dari mana aku ingin memulakan bicara.. perkara yang selalu bermain diminda adalah ketika ingin mengajaknya keluar bersama..pelbagai sangkaan bahkan perkara menyakitkan timbul dibenak fikiran..seringkali aku buntu memikirkan masalah yang menimpan ku satu per satu .. tidak pernah lekang dari ingatan, tidak pernah terpisah dari jiwa.. aku cuba meneliti masalahku satu persatu..apakah semua yang mengganggu fikiranku selama ini.
setelah ku amati, ternyata semuanya bermula dari satu perkara..kerna hal ini,aku menjadi kusut dan tidak pernah rasa aman dalam hati.. ia adalah PENDAM. aku terlalu memendamkan rasa sehingga ia membuatkan aku menjadi tidak keruan.
kerana ia jua aku terlalu memendamkan rasa aku tercampak di dunia berasingan..aku mudah terasa dengan kata2 dan perbuatan orang lain. walaupon kadang ia hanya perkara kecil, ia dapat membuatkan aku terasa amat sakit..
jelas dalam hati aku meraung, titisan air mata membasahi pipi saat aku cuba tersenyum.aku tidak mahu orang lain tahu apakah yang berlaku atas diriku. yang aku mahu, mereka sentiasa akan melihat aku tersenyum.
aku tidak mahu lagi bermuram muka,aku juga tidak mahu mengadu duka, biarlah aku hipokrit terhadap diriku sendiri asalkan aku tidak dianggap lelaki penagih simpati.
tapi aku lemah, semakin ku pendam semua ini, setiap hari aku kan menangis memikirkan semuanya..aku tidak mampu menghalang fikiranku untuk berhenti berfikir..aku terpaksa meluahkan sedikit hal ku kepada orang lain agar reda gelora dihati.
aku yang mengejar bayangan cinta merasakan diriku semakin terbiar.ingin ku mengadu perihal padanya, namun gugup melunaskan kata.,hanya pedih yang aku rasa mengenangkan diri yang menjadi hamba cinta..
hatiku berbisik untuk melepaskan dirinya,biarkan diri aku sendiri tanpa ada kasih dihati,tanpa ada sayang menyayangi, namun sesungguhnya aku tidak bisa melakukan itu semua.aku seolah-olah tidak mampu pertahankan cinta yang menyakitkan ini lagi..izinkan aku pergi seketika melupuskan hampa dihati..
segala pedih ini hanya aku yang merasainya,tiada insan yang mahu berkongsi apa yang aku alami.
andainya wanita ini tahu, bila hubungan putus ditengah jalan, lelaki juga turut bersedih, cuma dia tidak menunjukan kesedihannya dihadapan semua orang.
No comments:
Post a Comment