setelah beberapa lama aku menyepi diri dan berhenti blogging, kini aku kembali menulis titp-titip kehidupan aku yang serba indah disulami onak duri . kini genap setahun aku menapak di KPMSI. pelbagai kenangan manis dan pahit ku terima.. adakalanya yang manis itu ku jadikan sandaran waktu aku sepi..manakala yang pahit itu aku jadikan airmata dikala hening malam.
langkah aku semakin lama semakin perlahan. aku cuba dayungkan perahu kecil namun picisan pihak terbabit mempertikaikan kemampuan aku langsung menyebabkan aku terhenti. aku sering dipandang seorang yang pentinkan diri sendiri, terlalu keras dalam mmbuat keputusan, terlalu kasar berbicara, juga bukan seorang yg ramah. segala tomahan itu membuatkan aku lebih jauh karam.
aku cuba mencari jalan penyelesaian, aku cuba untuk terus bersabar. aku teruskan hidup dan cuba untuk kekal tersenyum dihadapan orang ramai, namun , aku gagal menangani masalah yang menikam hati aku.
aku punya hati dan perasaan, aku mudah terluka hanya dengan perkara kecil ,namun aku rahsiakan kerna aku tidak mahu mereka tahu aku sebegitu. malu untuk aku kemukakan dihadapan mereka bahawa aku terluka. biarlah aku membawa perasaan ini berlalu pergi.
salah aku juga kerna terlalu bersikap sebegitu hingga aku menerima kembali apa yang mereka rasakan. aku menyesal atas perbuatan aku dahulu. aku ingin mengubah segalanya, namun aku hanya manusia picisan dikalangan mereka.
dalam pada lamunan, aku terpana pada wajah dia, aku bingkas bangun sedari mendengar kata hikmatnya. aku bersyukur dipertemukan dgn seorang yang sentiasa sabar dgn sikap aku, aku akui aku telah banyak melukai perasaan dia, namun dia tetap sabar dengan apa yang pernah aku lakukan terhadapnya.
dia tidak pernah berhenti berdiri tegak disisi aku agar tidak aku rebah lagi, namun, tatkala badai melanda, aku tetap kan rebah jua..huluran tangannya memberi aku semangat semula untuk terus melangkah. tidak pernah kutemui manusia seperti dia.. benar aku tidak dapat berhenti memikirkan tentang dia.
setelah masa berlalu, masalah silih berganti, aku dikejutkan dengan beberapa berita yang bisa buat aku hancur sebahagiaan aku. aku cuba mencari kebenaran, namun yang kutemui adalah diluar jangkaan. sehingga pada itu, aku berhenti untuk teruskan usaha aku kerna ia hanya akan merosakkan kepercayaan aku kepadanya. aku tidak mahu hubungan yang aku bina ini musnah kerana hilangnya kepercayaan. kini, aku relakan segala yang ingin dilakukan.. aku bisa pekakkan telinga, butakan mata dan kelukan lidah supaya aku terhindar dari fitnah dunia..
terlalu bnyak perkara berantai ingin aku kemukakan, namun aku takut untuk bicarakan kerna aku tahu akan akibatnya nanti. setelah aku amati perjuanganku, jika hari ini takdir mengatakan pertemuan aku berharap akhir nafas menjadi takdir pemisahan. dan jika hari ini aku sakit kerna dia, aku berharap suatu hari nanti aku bahagia bersamanya.
Wǒ de nǚ péngyǒu
