Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Saturday, 8 September 2012

if i can run...

semua orang ada perasaan .. tiada insan yang berani mengatakan sejujurnya bahawa mereka tiada punya perasaan .. sesungguhnya begitu indahnya cinta jika disulami titipan kasih sayang .. namun , tidak semestinya bunga teratai akan sentiasa mekar ditasik madu.,. aku hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan ..

sekian lama aku memendam perasaan , menyimpan seribu pertanyaan.. aku hanya ingin jawapan lisan dari bibirmu.. begitu menggunung kesabaranku terhadap mu .. aku tahu , jika ingin mengambil madu , hendaklah bersabar dengan karenah lebahnya.. begitu juga aku dan dirimu.. tanpa kau sedari , begitu banyak perbuatan yang melukai hati.. namun , ku anggap ia cuma sebuah gurauan darimu..

tiada ertinya aku memarahi dirimu dan diriku jika amarah itu hanya berakhir dengan petengkaran .. aku ingin selamanya denganmu wahai kasihku. tatkala perbuatan dan kata2 mu mengguris hatiku , aku cuba untuk kekal tersenyum agar dapat menyembunyikan kesan luka, namun aku sering gagal.. jiwa ku meronta agar menceritakan hal yang ku alami.. 

mungkin kau malu untuk meluahkan, mungkin juga malu dihadapan rakan2 dan mungkin juga prinsip dirimu untuk berkelakuan begitu.. hendaklah kau tahu, setiap amarahku terhadapmu akan ku pendamkan dan ku titiskan kesabaranku.. aku juga lemah saat menatap wajahmu serta senyumanmu.. segala yang terbuku dan terpendam telah lenyap saat melihat wajahmu..

setiap hari aku bermuhasabah diri agar aku teruskan apa yang telah aku mulakan.. aku tidak mahu lagi gagal dialam percintaan.. aku akan terus perjuangkan apa yang sedang ku genggam. aku akan cuba sebaya upayaku untuk mencoretkan kenagan manis bersamamu serta melayari bahtera di lautan gelora bersamamu.. mungkin inpian ku terlalu tinggi menggunung, namun aku tahu, setiap usaha pasti akan diberikan ganjaran kejayaan..

untuk kau tahu , tatkala kau menyatakan kau merindui aku, meskipun mungkin bagimu hanya gurauan kepadaku, namun , bagiku ia amat bermakna dan membuatku tersenyum sepanjang hari.. baru ku tahu diriku dihargai. 

dirimu hanya satu bagitu , mencintaimnu membuatkanku tidak akan jatuh cinta lagi dan merasakan kau yang terbaik untukku.. walau ku tahu kau tidaklah sempurna, ia takkan membuat aku menjauhi dirimu kerna apa adanya pada drimu lah yang membuat ku kan setia bersamamu..

apa yang membuatku sentiasa mengingatimu adalah sikap mu yang selalu ceria dihadapanku meskipun hatimu luluh dengan hakisan penderitaan yang kau alami.. mungkin tuhan telah menentukan pertemuan kita adalah untuk membaluti luka dihatimu agar kau tidak bersedih lagi terutama pada ulang tahun kelahiranmu..

aku bersyukur kehdratNya kerna menghantar dirimu untuk berada disisiku . meskipun kau dan aku punyai kenangan silam yang pahit dilautan cinta, aku berharap kita lupakan apa yang telah berlaku dan teruskan apa yang kita punyai sekarang ..

yang silam mengajar kita kepelbagaian tentang menghargai kehidupan..

sekarang pula mengajar erti mempertahankan sesuatu..

hanya dengan itu kita tahu apa yang terbaik telah dirancang oleh Allah

Credit to : SIB 12-01-3204