Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Wednesday, 25 July 2012

hanya ada kau seorang

title tuh adaptasi jer .. haha..  sejak mule sem baru nih mcm2 bende bermain kat fikiran aku , lagi2 2 3 minggu nih , ade jer bende xkene...macam2 masalah datang, belom pon 1 masalah selesai , tibe2 dtg pulak masalah lain, aku cube tenangkan diri..aku cube senyum dan tertawa didepn semua orang agar diorng tidak tahu ape yang aku alami..klu ku terangkan pda merek semua, merek cum menjdi pendengr, mereka tidak mengalami apa yang aku rasa..

dalam tidak sedar, bulan Ramadhan tiba lagi, aku ingin jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..cuma...aku sering gagal untuk menetapkan pendirian aku sendiri...aku cuba melawan bisikan syaitan dn sentiasa peringtkan diri aku tentang tempoh hidupku yang makin singkat. aku teringin mengecapi kebahagiaan dan sentiasa gembira, namun , dalam kegembiraan , terselit kedukaan.. aku cuma mampu bersabar dgn semua yg munduga imanku

tanpa kita sedari, apa yang kit katakan, lakukan dan gambarkan amat menyakitkan hati orng yng kita syg..seringkali , kita mengatakan bahawa ia perkara biasa dan secara tidak sengaja,,namun , hal ini lah yg mengguris hati pemilik rusuk kita..jik sering kita menoreh luka dihatinya, lama kelamaan , luka makin dalam dan amat sukar untuk kembali pulih seperti sediakala..amat kecewanya hati seorang insan jika ditingkalkan kekasih disaat dia memerlukan . namun , hanya berbekalkan alasan rapuh iaitu tidak tahan dgn sikapnya sudah cukup menjadi langkah pertama untuk menamatkan perang cinta kerna merasakan cintanya dipermainkan bahkan ada yang tertawa diatas kedukaannya..

seribu sesalan tidak mungkin akan mengembalikan apa yang telah hilang...ku ingin pesan kepada diriku sendiri, cukuplah aku mencintainya dengan sederhana..tidak perlu aku mengawal setiap apa yang dia lakukan..cukuplah aku mejadi pemerhatinya supaya dia sentiasa dalam keadaan selamat dan aku menjadi insan yang dapat membahagiakan dirinya.. aku mungkin tidak lama hidup didunia, namun aku pasti, jika dia menjadi miliku yang sah, di syurga nan firdaus nanti, dialah yang menjadi pedampingku ..

waktu berputar tidak berhenti, tidak pula aku jemu melihat wajahnya..senyumannya, tawanya serta lirikan matanya buat ku seolah2 terapung2 di lautan madu .. namun , malu untuk aku katakan segala yang terbuku dihatiku padanya.. cukup sekadar dia mengetahui aku sayangkan dia dan jika bukan kerna dia, tidak mungkin aku menjadi diriku yang sebenar..dia terlalu banyak merubahku menjadi seorang yang lain dari sebelumnya...aku begitu terhutang budi kepadanya..

sehingga kini baru aku sadari , aku mungkin bukan manusia paling bertuah didunia, aku juga seperti insan lain yang tdak terlepas untuk merasai nikmat menyayangi dan disayangi serta tidak pernah terlepas dari debelengu masalah..aku tidak mahu mencampur adukkan masalahku dalam urusan cintaku .. cukuplah aku tahu masalah dan apa yang dia alami..aku tidak mahu dia terlalu banyak berfikir sehingga menjadi terbeban selepas mendengar masalahku.. cukuplah aku yang lalui keperitan ini.. tidak sanggup aku melihat dirinya berada dalam keadaan tertekan ..

lidah manusia mampu menipu, raut wajah juga mampu untuk menyembunyikan duka,
namun ,sekeping hati tidak mampu untuk merahsiakan segalanya...

kepada haty kering..
siramilah hatimu dengan air kasih,
bajalah hatimu dengan sayang,
semailah benih benih cinta,
kelak akan kau dapat keuntungan dari benih cinta kasih dan sayang itu....