menemui bibir diari sepi .. setelah lama mengusahakan sesuatu , hasil masih belom jelas kelihatan .. namun , hanya kesabaran menjadi kayu api bara semangat .. tiap pagi aku melihat langit biru .. malam ku lihat bintang dan bulang memegahkan langit yang terbentang luas .. mungkin juga si dia melihat perkara yang sama aku lihat dan mungkin juga tidak ..
namun bukan semuanya kelihatan indah .. disuatu hari , sedang aku terjaga dari lena , aku merasakan sesuatu didalam diriku .. suatu rasa yang amat memeritkan .. perasaan yang semua manusia biasa pernah rasa , namun perasaan ini benar2 berbeza dari yang sebelumnya .. pagi itu tidak lah indah seperti biasa , tidur yang lena tiba2 terhenti , aku menjenguk kearah tingkap , ternyata hujan lebat membasahi bumi .,. aku terpana tanpa berkata apa2 .. aku merasakan kesiksaan perasaan itu .. adakah dia juga begitu??
aku terpaku melihat bumi hijau ini dilimpahi hujan lebat , sepertinya alam mengerti perasaanku . seperti juga alam mencerminkan perasaan ku . aku terpaku dibalik jendela kamarku melihat dunia . aku berbisik pada hatiku . "kepada hati ini , hujan lebat memahami apa yg kau lalui , kelak pelangi tidak mungkin muncul seperti sebelum ini . awan juga belum dapat meneduhkan terik hati ini . hembusan angin juga hanya membarakan kegelisahan hati" .. aku menyentuh air mata awan itu , dingin yang kurasai namun hati masih terasa bahang perasaan itu .
tika malam tiba , ku lihat tiada bintang dan bulan menemani langit gelap .. aku terasa amat pilu . jiwa tidak lagi tenteran . hari yang sama , alam seolah2 memahami perasaan ku . lanigt amat gelap malam itu , angin kuat meniup dan kedinginan menusuk seluruh tubuhku . badanku kaku melihat langit . kesejukan tidak lagi bermain difikiran .. hanya perasaan itu yang menghantui hati , jiwa , dan akal fikiran ..
tiap saat dan detik masa berlalu , hanya berberapa perkara bermain difikiran aku .. aku gelisah tidak tentu arah memikirkan apakah perasaan yg menyakitkan itu ?? aku cuba untuk mengngungkai maksud disebalik semua ini .. alam telah mencerminkan perasaan , hati cuba menyampaikan , jiwa juga memberikan petanda . namun akal tidak dapt mentafsirkan segalanya...
lalunya hari demi hari .. sayuny hatiku ini .. setelah aku melakukan hal yang sepatutnya aku lakukan sbagai manusia biasa , aku menemui 1 kesimpulan bagi semua pertanyaan ini .. aku tidak mengerti , mengapa pelbagai perkara dan pelbagai peristiwa , persoalan serta perkara yang sukar ditafsir oleh akal hanya dapat disimpulkan hanya dengan satu perkataan .
semua kekusutan diriku hanya disebabkan kekejaman satu patah perkataan .
ia adalah ...
RINDU...
ya ALLAH , sampaikan salam rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya .
Amin~