bapa aku telah lama meninggalkan aku dan sekeluarga. kini aku selaku anak sulung terpaksa menyara ibu serta seorang adik perempuan aku yang masih dibangku sekolah. mana tahu rezeki, jodoh dan maut atas urusanNya, aku cuba menceburi bidang perniagaan dan atas berkat doa dan usaha aku berhasil untuk menyara keluarga aku meskipun cuma berkais setiap hari.
kehidupan aku berubah setelah suatu hari tanggal 25 September 1987, rumah aku rentung dijilat api, apa yang dapat aku lihat adalah harta dan tempat aku sekeluarga dijilat api pada malam itu. baru aku tahu akan pepatah besar menjadi musuh, kecil menjadi rakan permainan. tidak aku sangka dugaan ini menguji aku sehingga aku lemah longlai tidak bermaya. orang yang aku sayang iaitu ibu aku telah pergi meninggal kan aku dan adik aku didunia ini dalam tragedi hitam itu.
setelah 7 tahun kemudian, kini aku telahpun berada di landasan yang berbeza dari 7 tahun dahulu. terlalu cepat masa beredar meninggalkan aku dan dalam perjalanan tujuh tahun itu, aku telah dilamar untuk menjawat jawatan disebuah industri pemprosesan kelapa sawit. aku bekerja disitu telah hampir 6 tahun. setelah lama berkhidmat di industri itu, aku kini dipromosikan oleh majikan aku untuk dinaikkan jawatan. ia umpama orang mengantuk disorongkan bantal. tanpa berlengah aku mengadukan perkara ini kepada adik ku kerna dia satu-satunya ahli keluarga aku yang terselamat sejak tregedi hitam itu.
dalam pada masa yang sama, aku juga manusia biasa yang tidak pernah lepas dari bisa menyembunyikan perasaan. aku telah lama menanti seorang wanita bernama Munirah dah beliau membuatkan mata aku tidak akan berkelit tika melihat wajahnya. aku cuba menyembunyikan persaan itu, namun kadang kala aku sukar untuk menahan perasaan sehingga sanggup memalukan diri sendiri dahadapan khalayak ramai semata-mata ingin mendapat perhatian daripadanya. aku juga sanggup mengorbankan masa dan segalanya hanya untuk memenuhi kehendaknya.
dia bukanlah seperti wanita lain yang hanya gilakna harta benda dan cuma ingin mengambil kesempatan terhadap lelaki semata-mata. sepanjang aku mengenalinya, tidak pernah dia meminta aku membelikannya sebarang perkara. dia juga tidak banyak memberikan komen dan merungut tentang aku. aku merasakan diriku amat selesa ketika berada disisinya, namun segalanya hanya mimpi bagiku kerna aku belum pernah menyatakan bahawa aku menyukai dia.
aku takut untuk meluahkan perasaan aku terhadapnya. apa yang aku nampak, dia juga selesa ketika bersama aku. aku dan munirah selalu keluar bersama melakukan aktiviti seperti beriadah diwaktu petang , keluar makan di waktu malam dan kami juga bekerja ditempat yang sama. ini membuatkan masa aku terhabis suntuk untuk bersamanya. aku dapat merasai bahawa dia juga mengambil berat tentang diri aku cuma aku tidak tahu ingin meluahkan perasaan aku seperti mana. yang aku tahu, hubungan persahabatan kami semakin hari semakin akrab.
tetapi dunia bukanlah segala perkara yang indah sering terjadi. aku diuji lagi dengan lebih menyakitkan. aku dipindahkan ketempat kerja lain dan kini aku dan munirah telah terasing department pekerjaan. kami sememangnya bekerja di industri yang sama cuma dia ditempatkan dikawasan lain dan aku terceruk jauh darinya. maka kami jarang bersuamuka ditempat kerja. hanya bertemu setelah pulang dari bekerja atau kami berjanji untuk bertemu diluar. dia ada menyatakan dia amat janggal seawalnya kerana kebiasaannya aku berada dikawasan yang sama sewaktu bekerja. tetapi itu semua dulu. kini takdir menduga aku dan dia.
aku tahu aku dan dia cuma punyai hubungan sahabat semata-mata, namun, mungkin salah aku kerana terlanjur menyintai dia didalam hubungan persahabatan. soal hati dan perasaan , sangat sukar untuk dikawal. dalam masa yang sama aku dapat merasai dia juga menyayangiku. aku tetap bersabar dengan pelbagai dugaan yang datang menduga aku hari demi hari.
tetappi baru-baru ini aku dapat merasakan sesuatu yang lain dari dirinya, aku dapati dia jarang sekali untuk keluar lepak bersama aku seperti dulu. dia juga sering mengadu tidak sihat dan menjadikannya alasan ketika aku mengajaknya keluar. dia juga tidak bersikap seperti dahulu lagi. yang aku sedari, dihadapan aku dia masih tersenyum dan mesra denganku, cuma adakalanya perbuatannya menyinggung perasaanku dan tanpa menyedarinya, dia melakukan berulang kali hingga aku menangis kesendirian mengenangkannya.
bukan aku tidak mahu menegurnya, bukan juga sebab aku takut, tetapi aku tidak menegurnya kerana aku tidak mahu menyinggung perasaannya dengan teguran aku. aku takut dia tidak dapat menerima teguran aku. aku takut dia akan memarahi aku nanti. aku juga tidak menegurnya kerana aku sedar aku bukan siapa-siapa dihatinya diawal perkenalan lagi. cuma hanya aku yang bermain dengan perasaan sendiri. aku juga tahu bahawa dia tidak mungkin akan memahami mengapa aku berbuat sedemikian.
suatu hari tergerak hati aku untuk berjumpa dia ditempat kerjanya, tanpa diduga, apa yang aku lihat seperti bukan dia yang aku kenal selama ini. aku yang aku nampak bukan melambangkan keperibadian dia yang sebenar yang aku kenal sebelum ini. benarkah dia munirah yang aku kenal dahulu .
"munirah! apa yang kau buat ni?"
"ismail??kau buat apa disini?"
aku tertekan dengan apa yang aku lihat. meskipun baginya hanya biasa, tetapi aku yang memendam perasaan sayang terhadapnya mengaku bahawa aku cemburu dengan apa yang dia lakukan! bertepuk tampar dengan lelaki sekerja! duduk bersebelahan dengan lelaki yang dikatakan kepadaku hanya sebagai kawan biasa! hanya kawan biasa tidak perlu berlaku sedemikian sedangkan aku dan kau tidak pernah melakukan sedemikian rupa. tidak aku menyangka kau seperti ini. aku sangkakan kau wanita semanis madu, peribadi selembut sutera, rupa-rupanya kau sepahit hempedu! aku tidak menyangka kau rupanya sedemikian!
bersambung.....