Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Thursday, 1 May 2014

Final year bring means Final sem..

unbelievable yang mmg dah lame aku tak menjengah ke alam maya ni..mmg terase janggal nak menulis semula..tpi, apakan daya..mungkin aku dihimpit tugasan2 yang xdapat aku elak hingga aku terlupa akan ruangan ini lagi... bagi yang jauh, mohon ampun dan maaf atas salah dan silap yang aku lakukan selama ini.. buat yang dekat, sambutlah salamku, terimalah ampunku dan berilah aku peluang untuk membuktikan aku masih boleh dipercayai.

10 hari lagi, genap 2 tahun.. 20 hari lagi, genap 2 tahun setengah... setibanya akhir tahun, maka genaplah 3 tahun melayari kehidupan baru ini.. bagaimakah keadaan aku nanti? kemana langkah kaki ini akan pergi? yang paling diragui, adakah peluang seperti sebelum2 ini akan aku perolehi lagi? adakah lagi ruang untuk aku bermain dengan rakan2? bergurau dengan rakan2? meluangkan masa dengannya? adakah situasi masih akan sama??

hampir luluh jantung ini, hanpir terhenti mengorak langkah kaki, hampir tertutup mata menahan air sang pelangi... aku tergamam melihat betapa cemburunya masa terhadap aku.. hampir tidak percaya kini aku telah berada disemester akhir! Alhamdulillah ya Allah..aku bersyukur dipermudahkan segala urusanku, dipermudahkan segala kerjaku, diberikan hikmah atas musibahku dan diberikan ganjaran atas usahaku.. tiada kata seindah SYUKUR dapat aku ungkapkan bagi menjelaskan betapa berbahagianya aku atas kejayaan ku dan rakan2 seperjuanganku

dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.. dalam mengail ikan, jangan berharap mendapat ikan besar jika kailnya panjang seinci.. disini, di KPMSI, aku belajar apa itu anugerah, aku belajar apa itu persahabatan sebenar, aku belajar untuk benar2 mencintai dan rasa dicintai, aku belajar betapa sakitnya dikhianati, aku belajar betapa pentingnya kesabaran, aku belajar untuk memberi senyuman walaupun sedang terluka, aku tahu apa akan erti pengorbanan.. dan aku juga didedahkan tentang ilmu kepimpinan.

benarlah apa yang dikatakan, jangan menilai hasil susu getah dari batang pokoknya. meskipon disini tidaklah setanding kolej2 kerajaan dan swasta yang terkemuka dan terkenal, tapi disinilah aku dapat merubah aku satu langkah kedepan dan selangkah lagi kearah kebenaran.. jika dulu aku diperbodohkan! kini aku menghasilkan permainan..jika dulu aku dipersalahkan! kini aku berjuang menegakkan keadilan.. dan jika dulu aku dianggap sampah! decerca dan dihina! seperti bangkai bernyawa kononnya! hey manusia! dengar sini, kini aku manusia luar biasa! punyai sedikit ilmu didada yang membezakan pemikiran kolotmu dengan pemikiran aku! dan aku juga menjadi bangkai bernyawa yang kau sebutkan itu sebagai bangkai bernyawa yang hidup semula!

manakan ada orang yang ingin tahu sejarah hitam orang lain melainkan orang berkenaan menceritakannya. kesimpitan aku dulu, kesukaran aku dulu, kecacian yang aku dapat dulu membuatkan aku berjiwa lebih besar, menjadi lebih tabah dan yang paling utama, kisah hidup aku lebih menarik dari kisah kau si mulut murai. seribu kali sayang, bukan niat hati ingin mencaci, tetapi Allah itu sintasa perkenankan doa2 hambanya yang teraniaya.. kini, kau lihatlah kehidupanmu dan kehidupan aku.. perlahan2 beransur 360darjah dari dahulu.

cukup! sudah setakat itu mengemosikan krosa kata ku.. seterusnya, aku ingin menyatakan 1 perkara yang mungkin akan membuat sejuta manusia tidak kesah tentang perkara ini, tetapi aku sangat pedulikan nya kerana ia melibatkan perasaan aku.. dua tahun setengah aku menapak disini, setiap hari bertemu mesra, hanya terpisah barang sebulan atau sehari dua... masih boleh aku tahan perasaan itu.. tapi, mengenangkan masanya sudah semakin hampir, aku menjadi semakin lemah dengan situasi ini..

aku takut mengajukan perasaan tidak menentu.. pelbagai persoalan dan perkara terbayang dalam pandanganku.. aku takut! aku takut untuk berjauhan! aku takut kalau situasi ini berubah, segalanya akan turut berubah!! aku tidak mahu situasi mengubah kita! mungkin boleh kekal bertahan barang sebulan dua, namun kau perlu sedar perkara yang kita selalu buat sepanjang 2tahun setgh disini tidak akan berulang lagi!! tidak akan!! adakan akan kekal konsisten untuk bertahun2?? adkah kau yakin antra kita tidak akan berubah?? sedangkan batu yang keras bisa berlekuk terkena air berkian lama, inikan pula sikap manusia

ya Allah, jika itu perasaan yang kau cipta untuk menguji imanku, hapuskanlah perasaan itu..jika kau pertemukan aku dengannya hanyalah untuk persinggahan semata2 ia hanya akan menyakiti hambaMu ini, maka aku mohon kau ubati lah perasaan kami dengan sifat Maha Mengasihainimu..Jika kisah Nabi Adam dan Hawa itu pedomanku, Maka hindarilah aku dan bakal isteriku dari peroleh anak2 yang berhasad dengki.. jika perasaan aku terhadapnya adalah dari ketentuanMu, maka kekalkanlah hati ini mencintainya keranaMU..dan jika nyawaku akan diambil sebelumnya, maka aku bermohon padamu ya Allah yang menguasai hari pembalasan, ambillah nyawaku saat aku telah bejaya membuat dia mencintaiku kerana mencintai Mu.

lapangkanlah hati, bukalah minda...tanamlah dalam hati rasa cinta pada yang Maha Mencipta dan cintailah ciptaanNya...jangan leka dengan dunia... ingatlah, saat mentari merah terbit diufuk barat, pintu yang paling luas dibuka akan ditutup serapat-rapatnya dan tidak akan dibuka lagi.. ia adalah pintu TAUBAT.. 

Monday, 28 October 2013

Diskriminasi dalam diri sendiri

setelah kian lama aku menyepikan diri dari dunia blogger, aku kini kembali dgn mood tersendiri untuk mencoretkan sedikit luahan dihujung hati. kali terakhir aku update blog pon pasal sebuah cerita tergantung tu .. ade mase nnt aku continue lahh cerita adaptasi kisah benar tu .. sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku hampir xmengenal siapa diri aku yang sebenarnya lagi .. sudah menyimpang jauh dari diri aku yang sebenarnya..

dulunya aku bukanlah seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, tetapi kini aku merasa aku seolah2 kejam terhadap perasaan orang lain. aku terlalu banyak melukakan perasaan orang lain. aku suka untuk mengungkap ape yang bermain di kepala tanpa memikirkan lebih panjang akan kesannya nanti. aku juga melukakan hati mereka2 yang telah lama percayakan aku dan berharap aku akan berubah menjadi lebih baik.

adakah aku yang salah?? pertikaian dari kepalaku mengatakan aku tidak bersalah sama sekali, namun cuba aku tundukkan ego aku agar dapat  menjaga hati insan lain. mungkin sekarang aku rela mengaku salah sehingga suatu hari nnt aku dapat mempelajari lebih mendalam perkara2 bersabit tanggungjawab.aku cuba memperbetulkan keadaan dengan cuba berbaik dan memohon maaf agar keadaan kembali ceria. namun, bulan yang terang waktu malam pun belum tentu dapat menghiburkan hati yang telah dikecewakan. 

pada hari ini, bulan ini, tahun ini, hampir mencecah 2tahun menuntut pelajaran disini dan dalam tempoh itu juga zaman penyulaman intim kasih dan mesra aku dan dia, berbagai kisah ragam dan duka dilalui.. aku bukanlah seorang yg mudah untuk menerima ssesebuah kenyataan yang menyakitkan, namun, entah mengapa kesilapan besarnya aku terima sebulatnya dengan hati yang tenang dan berani memberi peluang untuknya berubah sedangkan prinsip hidup aku, aku hanya akan memberi satu peluang kepada mereka yang bersamaku. mungkin inilah takdir untuk aku dan dia yang akan terus bersama walaupun beribu rintangan mendatang.

demi Tuhan, aku telah benar2 memaafkan kesilapanya itu, mungkin aku dapat menerima kenyataan ini kerana telah aku ketahui segalanya lebih awal dari pengakuan tersebut. Tahniah aku ucapkan kerana cuba untuk berlaku jujur dan berubah menjadi lebih baik. aku tidak akan sia-siakannya. 

sia-siakan ?? adakah aku benar-benar berlaku sedemikian??? apa yang aku perhatikan selepas isu tempoh hari, aku semakin mudah tersentuh, aku semakin mudah sakit hati dengannya, aku juga semakin cepat untuk menyalahkan diri sendiri untuk menyelamatkan keadaan.. aku telah mencampakkan ego aku jauh kedasar agar aku berani untuk mengakui kesilapan aku. aku juga berani untuk bersemuka untuk memperbaiki keadaan.

mengapa aku?? mengapa aku??? mengapa semuanya aku???? aku lah yang menjadi org utama dalam organisasi,aku juga menjadi harapan dia dan keluarga, aku juga yg diharap oleh penyarah serta warga admin kolej dalam menguruskan sesuatu, aku jugalah yang menjadi buah mulut semua pelajar sama ada ia isu baik mahupun tidak, mengapa aku semua itu ?? mengapa harus aku menanggung semua ini?? aku tidak cukup tabah untuk membawa tanggungjwab sebesar itu pada waktu kini yang mana aku hanya bergelar seorang pelajar IPT.

perkara berbangkit adalah isu seorang ahli jawatan kuasa tertinggi dalam organisasi yang aku ceburi telah ditamatkan perkhidmatannya kerana kesalahan disiplin, aku amat merasa kehilangan seorang anak buah. Tahniah kerana telah berjaya menjatuhkan salah seorang bala tentera aku. aku menghargai segala tindak tanduk kalian dan segala buah mulut membicarakan keburukan aku dalam mengendalikan anak buah kepada seluruh anggota kolej. aku amat bersyukur kerana dianugerahi ujuan seberat ini kerana dari situ aku tahu senyuman manis seorang manusia itu adalah sekadar potret semata-mata.

sekembalinya aku keruangan kolej, aku dapat rasakan tekanan semakin melanda. aku tidak mengerti dimana salahnya aku sehingga dikecam sebegini. mereka-merekan yang berada didalam organisasi tidakpun menunjukkan effort bahawa mereka kini menyandah jawatan pernting dalam kolej. seolah2nya aku seorang yang bergerak memberi sepenuh perhatian dalam organisasi ini.

Tahniah lah kepada mereka yang berjaya meletakkan aku ditahap tertinggi dan kini ditahap tertendah. menyakitkan dan ia menjadi perkara yang tidak dapat aku lupakan.

terima kasih kepada yang menyokong disaat aku diatas dan terima kasih kepada yang memberi dorongan sewaktu aku dibawah . terima kasih semua. 

andai aku pergi dulu sebelum kalian , aku ingin pemergianku ditangisi, bukan untuk disyukuri.

Thursday, 25 July 2013

LUKA HATI (Part 1)

nama ku Ismail. semua orang tahu akan sifat dan keperibadianku. aku bukanlah manusia bertuah, aku juga bukan dari golongan anak berada dan juga aku bukan hasil dari keluarga bahagia. namun itu semua cuma noktah pergolakan  hidup aku tang tiada memberi impak terhadap aku untuk meneruskan hidup. dalam kehidupan aku, aku cuma tahu 3 perkara, pertama adalah mencari perkejaan supaya aku punya sumber kewangan, kedua adalah membantu keluarga aku keluar dari belengu kemiskinan, ketiga adalah aku perlu meneruskan hidup walau apapun rintangan.

bapa aku telah lama meninggalkan aku dan sekeluarga. kini aku selaku anak sulung terpaksa menyara ibu serta seorang adik perempuan aku yang masih dibangku sekolah. mana tahu rezeki, jodoh dan maut atas urusanNya, aku cuba menceburi bidang perniagaan dan atas berkat doa dan usaha aku berhasil untuk menyara keluarga aku meskipun cuma berkais setiap hari.

kehidupan aku berubah setelah suatu hari tanggal 25 September 1987, rumah aku rentung dijilat api, apa yang dapat aku lihat adalah harta dan tempat aku sekeluarga dijilat api pada malam itu. baru aku tahu akan pepatah besar menjadi musuh, kecil menjadi rakan permainan. tidak aku sangka dugaan ini menguji aku sehingga aku lemah longlai tidak bermaya. orang yang aku sayang iaitu ibu aku telah pergi meninggal kan aku dan adik aku didunia ini dalam tragedi hitam itu.

setelah 7 tahun kemudian, kini aku telahpun berada di landasan yang berbeza dari 7 tahun dahulu. terlalu cepat masa beredar meninggalkan aku dan dalam perjalanan tujuh tahun itu, aku telah dilamar untuk menjawat jawatan disebuah industri pemprosesan kelapa sawit. aku bekerja disitu telah hampir 6 tahun. setelah lama berkhidmat di industri itu, aku kini dipromosikan oleh majikan aku untuk dinaikkan jawatan. ia umpama orang mengantuk disorongkan bantal. tanpa berlengah aku mengadukan perkara ini kepada adik ku kerna dia satu-satunya ahli keluarga aku yang terselamat sejak tregedi hitam itu.

dalam pada masa yang sama, aku juga manusia biasa yang tidak pernah lepas dari bisa menyembunyikan perasaan. aku telah lama menanti seorang wanita bernama Munirah dah beliau membuatkan mata aku tidak akan berkelit tika melihat wajahnya. aku cuba menyembunyikan persaan itu, namun kadang kala aku sukar untuk menahan perasaan sehingga sanggup memalukan diri sendiri dahadapan khalayak ramai semata-mata ingin mendapat perhatian daripadanya. aku juga sanggup mengorbankan masa dan segalanya hanya untuk memenuhi kehendaknya.

dia bukanlah seperti wanita lain yang hanya gilakna harta benda dan cuma ingin mengambil kesempatan terhadap lelaki semata-mata. sepanjang aku mengenalinya, tidak pernah dia meminta aku membelikannya sebarang perkara. dia juga tidak banyak memberikan komen dan merungut tentang aku. aku merasakan diriku amat selesa ketika berada disisinya, namun segalanya hanya mimpi bagiku kerna aku belum pernah menyatakan bahawa aku menyukai dia.

aku takut untuk meluahkan perasaan aku terhadapnya. apa yang aku nampak, dia juga selesa ketika bersama aku. aku dan munirah selalu keluar bersama melakukan aktiviti seperti beriadah diwaktu petang , keluar makan di waktu malam dan kami juga bekerja ditempat yang sama. ini membuatkan masa aku terhabis suntuk untuk bersamanya. aku dapat merasai bahawa dia juga mengambil berat tentang diri aku cuma aku tidak tahu ingin meluahkan perasaan aku seperti mana. yang aku tahu, hubungan persahabatan kami semakin hari semakin akrab.

tetapi dunia bukanlah segala perkara yang indah sering terjadi. aku diuji lagi dengan lebih menyakitkan. aku dipindahkan ketempat kerja lain dan kini aku dan munirah telah terasing department pekerjaan. kami sememangnya bekerja di industri yang sama cuma dia ditempatkan dikawasan lain dan aku terceruk jauh darinya. maka kami jarang bersuamuka ditempat kerja. hanya bertemu setelah pulang dari bekerja atau kami berjanji untuk bertemu diluar. dia ada menyatakan dia amat janggal seawalnya kerana kebiasaannya aku berada dikawasan yang sama sewaktu bekerja. tetapi itu semua dulu. kini takdir menduga aku dan dia.

aku tahu aku dan dia cuma punyai hubungan sahabat semata-mata, namun, mungkin salah aku kerana terlanjur menyintai dia didalam hubungan persahabatan. soal hati dan perasaan , sangat sukar untuk dikawal. dalam masa yang sama aku dapat merasai dia juga menyayangiku. aku tetap bersabar dengan pelbagai dugaan yang datang menduga aku hari demi hari.

tetappi baru-baru ini aku dapat merasakan sesuatu yang lain dari dirinya, aku dapati dia jarang sekali untuk keluar lepak bersama aku seperti dulu. dia juga sering mengadu tidak sihat dan menjadikannya alasan ketika aku mengajaknya keluar. dia juga tidak bersikap seperti dahulu lagi. yang aku sedari, dihadapan aku dia masih tersenyum dan mesra denganku, cuma adakalanya perbuatannya menyinggung perasaanku dan tanpa menyedarinya, dia melakukan berulang kali hingga aku menangis kesendirian mengenangkannya.

bukan aku tidak mahu menegurnya, bukan juga sebab aku takut, tetapi aku tidak menegurnya kerana aku tidak mahu menyinggung perasaannya dengan teguran aku. aku takut dia tidak dapat menerima teguran aku. aku takut dia akan memarahi aku nanti. aku juga tidak menegurnya kerana aku sedar aku bukan siapa-siapa dihatinya diawal perkenalan lagi. cuma hanya aku yang bermain dengan perasaan sendiri. aku juga tahu bahawa dia tidak mungkin akan memahami mengapa aku berbuat sedemikian.

suatu hari tergerak hati aku untuk berjumpa dia ditempat kerjanya, tanpa diduga, apa yang aku lihat seperti bukan dia yang aku kenal selama ini. aku yang aku nampak bukan melambangkan keperibadian dia yang sebenar yang aku kenal sebelum ini. benarkah dia munirah yang aku kenal dahulu .

"munirah! apa yang kau buat ni?"
"ismail??kau buat apa disini?"

aku tertekan dengan apa yang aku lihat. meskipun baginya hanya biasa, tetapi aku yang memendam perasaan sayang terhadapnya mengaku bahawa aku cemburu dengan apa yang dia lakukan! bertepuk tampar dengan lelaki sekerja! duduk bersebelahan dengan lelaki yang dikatakan kepadaku hanya sebagai kawan biasa! hanya kawan biasa tidak perlu berlaku sedemikian sedangkan aku dan kau tidak pernah melakukan sedemikian rupa. tidak aku menyangka kau seperti ini. aku sangkakan kau wanita semanis madu, peribadi selembut sutera, rupa-rupanya kau sepahit hempedu! aku tidak menyangka kau rupanya sedemikian!


bersambung.....

Sunday, 21 July 2013

the thief

it's been so long for not update this blog.. haha.. mmg dah lame xmeluah2 kat sini.. asyik membizikan diri dgn tugas2 dan tanggungjawab.. then , now dah bulan ramadhan and it's not too late to wish SELAMAT BERPUASA!! :) .. mcm2 bende jadi sepanjang aku cuti sem smpai lah sekarang.. mase cuti tu kan.... 

bermula lah kisah perpisahaan jarak antara dua insan.. ishhhh, mase tu mmg rase berat jerr.. ate, hampir hari2 dpt nmpak imej pantulan kepingan separuh lagi hati.. tpi , bile dah cuti, it's gone! rindu tu mmg susah nak dirungkai dgn kata2, but, nak wt camne an... Insyaallah kalau dah jodoh, suatu hari nnt dia lah yang menjadi makmumku, dia juga meng'amin'kan doa2 ku, dia juga yg menyambungkan zuriatku dan dia juga adalah segala-galanya bagi aku.. 

the bad thing is mse cuti ak xcdnt plak..xsah kalau setahun sekali msti xcdnt, kali ni plak ak lost something yg agak berat nak ak dpt blik lpas ak xcdnt... that is a memories... mama aku xtahu pon ak xcdnt, just abg aku n nenek aku je yg tahu tp just tahu on surface je .. isu sebenarnya mse xcdnt tu kple aku terhentak kat batu devider jalan tuh, then lost la some memories .. aku cite r kat dia, tapi dia kate kite tipu dia plak .. isshhhh....kalau bendi mcm ni kite xmain2 larhh......tpi xpe, terpulanglah nak pcye atau x, btw most thing yg memeranjatkan aku adalah i'm part of MPP in this college ??

nk finding who am i was mmg satu kerja gile n menyakitkan.. aku mmg stand alone mase tu.. siang malam cari balik siapa diri aku sbnarnya..mase tu xde sape2 tlg aku n menyedihkan aku hilang tulang belakang aku.. yg ada cuma beberapa helaian ganbar dan puitis notis menyatakan siapa aku dan program2 yang akan berlangsung juga yg telah lepas.. dan akhirnya aku hampir ingat 100% siapa aku berkat atas kesabaran dan titisan air mata berdoa tanpa henti...

kadang2 aku terlamun mencari mengapa ini semua terjadi terhadap aku.. mengapa aku sampai ketahap ini?? dan mengapa aku disakiti?? penat lelah aku cuba ku telan sedalam mungkin.. saat penglipurlara lain menyatakan mereka lelah dengan urusan dunia, aku terkedu kerana masih lagi bernafas dalam kemelut dugaan dunia.. penat aku memesan supaya melihat dari mata burung, bukan dari bawah tempurung! namun mereka enggan..

aku akui sungguh berat dugaan kali ini hingga ada mengatakan aku telah berubah dan bukan aku yang dahulu.. terkadang aku lebih suka menyembunyikan tangisan aku dengan gelak tawa daripada menunjukkan bahawa hati aku digiris berulang kali.. maaf, aku sering tidak menghiraukan perasaan mu dan orang lain kerana untuk menjaga hati orang lain, aku perlu bertindak untuk memijak serta menghancurkan hatiku terlebih dahulu...

berikan aku kesempatan akhir ini untuk meluahkan kalimah sebenar..seawal usia memasuki semester baru, hati ini sering menangis menitip mengapa waktu takpernah berpihak kepadaku. apakah aku terlalu banyak berkelana.,.,.. mengapa kita terpisah untuk kali in?? apakah dugaan selepas ini dan apakah kemanisan yang akan diperolehi?? aku yakin kau juga rasai apa yang aku rasa malah mungkin lebih lagi dari apa yang aku rasai. tapi dalam masa yang sama kita sering mencari kesempatan untuk bertemu walaupun cuma untuk sesaat..

;) haisss...ape bende lahh aku mule melalut ni.. nk berpuisi pon kadang2 lari tajuk asal.. back to the title post kali ni 'the thief' , pencuri??? sape plak yg jadi pencuri?? hah, kau lah.. kau yang tengah membace blog aku ni smbil tersenyum2.. kau telah mecuri hati aku tahu x!! isshhh... nak curi tu xpe, tapi jage elok2.. jgan sampai bkarat dah ler...haha.. nih nak bg tahu, tolong jangan tinggalkan auramu , disekelilingku, ia membuatku termimpi mimpikan kita...

jangan biarkan wangianmu, mohon memahai, ia melekat di hidung yang memenuhi disetiap sudut mindaku..kan ku curi hatimu!! menyamun senyummu!! dan akan aku culik cintamu!! haha.. , kau tak perasan pon aku suka kat kau dari awal lagi n simpan hati kau dari semester 1! bnyak kali dah cakap jgn senyum bila didepan aku, nnt fokusku tergendala, terutama bila aku wt presentation! hisshhh.... sampai aku terpaksa menutup mata bila kau tertawa..

tapikann... sedar tak sedar dah hampir dua tahun stay kat sini n kita bersama.. xleh imagine ape yg akan jadi kat kita bila dah habis stdy kat sini.. harap sgt segalanya xkan berhenti ditgh jlan .. aku juga berharap semua ini dapat ditamatkan dgn ikatan yang halal.. suati hari nanti.. Insyaallah ... 

#hanyaakusetengahmatimerindumu

Friday, 10 May 2013

Missing Behind

ahhh... it's been long time to go.. it's hard for me.. actually, I HATE BEING A PRESIDENT!! i hate it so much!! as all know, only selected people will chosen to be a president of Student Representative Council as known as Majlis Perwakilan Pelajar.. how can i wonder this such thing will give me some opportunities to fight what should i do but it worst! they take my free time!! they stole my words freedom, and the worst thing they create gap between me and friends and totally gap with SHE!! i hate it so much!!

what i heard, "congrats man! u be a PRESIDENT!!" , "man! u are lucky one in millions!!" huh! how dare u cheat me guys! before i be a president, every day i had free time to spend it on youtube and facebook, but nowadays, its GONE!! before this, i had my time to hang out with SHE but now its LIMITED!! before this i have my time to walk out from the house and get my leg on the road but now my evening use to THINK about how can i give change on this COLLEGES??!!! 

i'm wondering what happen to me if i'm not involved in this organization ?? how my life right now?? i though being a president are the best way to make my friend's dream and request become true, but what happen to me right now is not what i though. i've been left by my friends, they HATE me!! they talk anything about my BAD!! do you think i LOVE it?? absolutely NO!!!! i miss my true life back. i miss it so much.. i miss my time laugh with my friends.. i miss my time spend be with SHE.. i miss it. 

however, this kind of position make me quiet popular in college . but, i DON'T LIKE it!! this position make students in this college seeking for me . and i HATE it!! this matter me me feels so lonely. no one can understand me.. i'm talking, they looking at me, i'm walking with who, they spoke each other who is SHE for me??? i'm doing something, they dispute the thing what have i done.. so ANNOYING!!! 

please stop doing this to me.. i'm begging u guys.. u know what, because this position i fight with my housemate!! because this position i have no time to be with she!! and because this thing i run everyday reaching the time that i lose. they always asking me for something but how can i give u in case u all did not give me win-win situation?? everybody put their hopes on me.. EVERYBODY!! do u thing i'm gonna make it true?? i'm not supernatural person that can do anything u ask.. i'm just an ordinary human.. nothing special on me..

stop treating me like i'm the king of country, i did't like it.. stop making fools with me with your words " hye abang president.." and "hang tu president, sapa la kami ni nak dibandingkan dengan hang president MPP" .. hey guys, u know what, if i can change destiny , i will!! i'm not put my face on lecturers and begging them to select me be a president!! i hate u fools me with calling me "wahh..president MPP lah katekan..." !! i HATE it!! don't u get it??  sorry guys, i just wanna be a normal student. study with u, having my free time with u, making noise with u, and share half my life with u... please don't make the word "PRESIDENT" be the reason why u stay away from me..

i'm really lonely, when i laugh, i'm feels lonely..when i smile i feel's empty.. and when i cry, i feel be abandoned.. when i want to angry, i'm thinking about its effect.. nobody love me when i'm angry.. but this thing is MADNESS!!!! it's freak when i suppose to poker my face when had a situation.. it's also worst when i should smile while i'm not in the mood... because what?? because u a PRESIDENT!! EVERYBODY LOOKED AT YOU!! 

i still don't understand why this all happened .. i can't stand anymore.. nobody will listen carefully when i speak about my problem.. my housemate?? they will tell others about my problem when had nothing to say on their mind.. i don't trust them 100% anymore because it happened before.. to SHE?? only share while we were together far away from anyone.. got problem when i'm sharing something to her when our friends are around.. i speak to she sharing my problem but a while her friends call she, she left me while i'm speaking. this situation always happen, not once or twice,. i'try to face the reality with hard heart... that's why i'm can't smile like before and keep my problem without share to anyone.. it's only hurt that i get when share my problems to them.. not a sigh of relief i get as i expected.. it's not calm me down..

everyone, please stop treating me like this... i need u all.. i miss my life back and i know its not gonna happen to me... i'm very sorry if i hurt u all anyways.. i'm so sorry if what i do is not good.. and i swear to almighty ALLAH, if this hurt make my future bright, i'll face it even it hurting my heart and make everyone left me alone..

Thursday, 28 March 2013

Kata Tak Terungkap

salamunalaik..
setelah beberapa lama aku menyepi diri dan berhenti blogging, kini aku kembali menulis titp-titip kehidupan aku yang serba indah disulami onak duri . kini genap setahun aku menapak di KPMSI. pelbagai kenangan manis dan pahit ku terima.. adakalanya yang manis itu ku jadikan sandaran waktu aku sepi..manakala yang pahit itu aku jadikan airmata dikala hening malam.

langkah aku semakin lama semakin perlahan. aku cuba dayungkan perahu kecil namun picisan pihak terbabit mempertikaikan kemampuan aku langsung menyebabkan aku terhenti. aku sering dipandang seorang yang pentinkan diri sendiri, terlalu keras dalam mmbuat keputusan, terlalu kasar berbicara, juga bukan seorang yg ramah. segala tomahan itu membuatkan aku lebih jauh karam.

aku cuba mencari jalan penyelesaian, aku cuba untuk terus bersabar. aku teruskan hidup dan cuba untuk kekal tersenyum dihadapan orang ramai, namun , aku gagal menangani masalah yang menikam hati aku.

aku punya hati dan perasaan, aku mudah terluka hanya dengan perkara kecil ,namun aku rahsiakan kerna aku tidak mahu mereka tahu aku sebegitu. malu untuk aku kemukakan dihadapan mereka bahawa aku terluka. biarlah aku membawa perasaan ini berlalu pergi.

salah aku juga kerna terlalu bersikap sebegitu hingga aku menerima kembali apa yang mereka rasakan. aku menyesal atas perbuatan aku dahulu. aku ingin mengubah segalanya, namun aku hanya manusia picisan dikalangan mereka.

dalam pada lamunan, aku terpana pada wajah dia, aku bingkas bangun sedari mendengar kata hikmatnya. aku bersyukur dipertemukan dgn seorang yang sentiasa sabar dgn sikap aku, aku akui aku telah banyak melukai perasaan dia, namun dia tetap sabar dengan apa yang pernah aku lakukan terhadapnya.

dia tidak pernah berhenti berdiri tegak disisi aku agar tidak aku rebah lagi, namun, tatkala badai melanda, aku tetap kan rebah jua..huluran tangannya memberi aku semangat semula untuk terus melangkah. tidak pernah kutemui manusia seperti dia.. benar aku tidak dapat berhenti memikirkan tentang dia.

setelah masa berlalu, masalah silih berganti, aku dikejutkan dengan beberapa berita yang bisa buat aku hancur sebahagiaan aku. aku cuba mencari kebenaran, namun yang kutemui adalah diluar jangkaan. sehingga pada itu, aku berhenti untuk teruskan usaha aku kerna ia hanya akan merosakkan kepercayaan aku kepadanya. aku tidak mahu hubungan yang aku bina ini musnah kerana hilangnya kepercayaan. kini, aku relakan segala yang ingin dilakukan.. aku bisa pekakkan telinga, butakan mata dan kelukan lidah supaya aku terhindar dari fitnah dunia..

terlalu bnyak perkara berantai ingin aku kemukakan, namun aku takut untuk bicarakan kerna aku tahu akan akibatnya nanti. setelah aku amati perjuanganku, jika hari ini takdir mengatakan pertemuan aku berharap akhir nafas menjadi takdir pemisahan. dan jika hari ini aku sakit kerna dia, aku berharap suatu hari nanti aku bahagia bersamanya.

Wǒ de nǚ péngyǒu

Sunday, 3 March 2013

The Loneliness

i'm sitting here..thinking about you..
how i'm gonna do without you around in my life and how am i..
i don't get by, i ain't got no days..
just lonely nights.

you want the truth,
well girl, i'm not alright..
feel out of place and out of time. i think i'm gonna lose my mind..

so,what am i feel??
i'm lonely.
am i for real???
so lonely.
what do i think??
i think of you. 
only you.

what did i dream at night??
dream of you all the time.
what did i see??
another man bought you flowers and held your hand!
he gave you all his hours when he had the chance.
now my baby is dancing, but she's dancing with another man..

so how it feels??
its like everyday i die.
wish i was dreaming but its real when i open up my eyes.
i think that i will never love again

i miss you face,
i even miss your argument..
that we would have from time to time..
i miss you standing by my side.


i hope i buys you flowers,
i hope i holds yours hand,
give you all my hours when i has the chance,
do all the thing i should have done when..
i was your man.

its only when i was your man.