setelah kian lama aku menyepikan diri dari dunia blogger, aku kini kembali dgn mood tersendiri untuk mencoretkan sedikit luahan dihujung hati. kali terakhir aku update blog pon pasal sebuah cerita tergantung tu .. ade mase nnt aku continue lahh cerita adaptasi kisah benar tu .. sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku hampir xmengenal siapa diri aku yang sebenarnya lagi .. sudah menyimpang jauh dari diri aku yang sebenarnya..
dulunya aku bukanlah seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, tetapi kini aku merasa aku seolah2 kejam terhadap perasaan orang lain. aku terlalu banyak melukakan perasaan orang lain. aku suka untuk mengungkap ape yang bermain di kepala tanpa memikirkan lebih panjang akan kesannya nanti. aku juga melukakan hati mereka2 yang telah lama percayakan aku dan berharap aku akan berubah menjadi lebih baik.
adakah aku yang salah?? pertikaian dari kepalaku mengatakan aku tidak bersalah sama sekali, namun cuba aku tundukkan ego aku agar dapat menjaga hati insan lain. mungkin sekarang aku rela mengaku salah sehingga suatu hari nnt aku dapat mempelajari lebih mendalam perkara2 bersabit tanggungjawab.aku cuba memperbetulkan keadaan dengan cuba berbaik dan memohon maaf agar keadaan kembali ceria. namun, bulan yang terang waktu malam pun belum tentu dapat menghiburkan hati yang telah dikecewakan.
pada hari ini, bulan ini, tahun ini, hampir mencecah 2tahun menuntut pelajaran disini dan dalam tempoh itu juga zaman penyulaman intim kasih dan mesra aku dan dia, berbagai kisah ragam dan duka dilalui.. aku bukanlah seorang yg mudah untuk menerima ssesebuah kenyataan yang menyakitkan, namun, entah mengapa kesilapan besarnya aku terima sebulatnya dengan hati yang tenang dan berani memberi peluang untuknya berubah sedangkan prinsip hidup aku, aku hanya akan memberi satu peluang kepada mereka yang bersamaku. mungkin inilah takdir untuk aku dan dia yang akan terus bersama walaupun beribu rintangan mendatang.
demi Tuhan, aku telah benar2 memaafkan kesilapanya itu, mungkin aku dapat menerima kenyataan ini kerana telah aku ketahui segalanya lebih awal dari pengakuan tersebut. Tahniah aku ucapkan kerana cuba untuk berlaku jujur dan berubah menjadi lebih baik. aku tidak akan sia-siakannya.
sia-siakan ?? adakah aku benar-benar berlaku sedemikian??? apa yang aku perhatikan selepas isu tempoh hari, aku semakin mudah tersentuh, aku semakin mudah sakit hati dengannya, aku juga semakin cepat untuk menyalahkan diri sendiri untuk menyelamatkan keadaan.. aku telah mencampakkan ego aku jauh kedasar agar aku berani untuk mengakui kesilapan aku. aku juga berani untuk bersemuka untuk memperbaiki keadaan.
mengapa aku?? mengapa aku??? mengapa semuanya aku???? aku lah yang menjadi org utama dalam organisasi,aku juga menjadi harapan dia dan keluarga, aku juga yg diharap oleh penyarah serta warga admin kolej dalam menguruskan sesuatu, aku jugalah yang menjadi buah mulut semua pelajar sama ada ia isu baik mahupun tidak, mengapa aku semua itu ?? mengapa harus aku menanggung semua ini?? aku tidak cukup tabah untuk membawa tanggungjwab sebesar itu pada waktu kini yang mana aku hanya bergelar seorang pelajar IPT.
perkara berbangkit adalah isu seorang ahli jawatan kuasa tertinggi dalam organisasi yang aku ceburi telah ditamatkan perkhidmatannya kerana kesalahan disiplin, aku amat merasa kehilangan seorang anak buah. Tahniah kerana telah berjaya menjatuhkan salah seorang bala tentera aku. aku menghargai segala tindak tanduk kalian dan segala buah mulut membicarakan keburukan aku dalam mengendalikan anak buah kepada seluruh anggota kolej. aku amat bersyukur kerana dianugerahi ujuan seberat ini kerana dari situ aku tahu senyuman manis seorang manusia itu adalah sekadar potret semata-mata.
sekembalinya aku keruangan kolej, aku dapat rasakan tekanan semakin melanda. aku tidak mengerti dimana salahnya aku sehingga dikecam sebegini. mereka-merekan yang berada didalam organisasi tidakpun menunjukkan effort bahawa mereka kini menyandah jawatan pernting dalam kolej. seolah2nya aku seorang yang bergerak memberi sepenuh perhatian dalam organisasi ini.
Tahniah lah kepada mereka yang berjaya meletakkan aku ditahap tertinggi dan kini ditahap tertendah. menyakitkan dan ia menjadi perkara yang tidak dapat aku lupakan.
terima kasih kepada yang menyokong disaat aku diatas dan terima kasih kepada yang memberi dorongan sewaktu aku dibawah . terima kasih semua.
andai aku pergi dulu sebelum kalian , aku ingin pemergianku ditangisi, bukan untuk disyukuri.
