Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Saturday, 8 December 2012

hakikat ini

andainya aku tahu, aku akan hentikannya dari awal, namun sudah terlanjur, aku sudah jauh terhanyut dengan perangkap yang aku cipta sendiri. apakah maksud untuk semua ini?? aku menantikan jawapan sebenar supaya aku akan lena selepas menutup mata. aku memerlukan bimbingan supaya tidak lagi terhanyut dibuai perasaan..

perginya aku nanti jangan ditangisi..aku gagal menjadi umat manusia berguna. aku gagal untuk menjadi contoh. aku gagal menjadi sebaik manusia lain. aku juga gagal untuk memberikan kebahagiaan kepada orang yang aku sayangi.. pandanglah sinis terhadapku kerna aku tahu aku bukan manusia pilihan.

sejujurnya, aku masih marah terhadap diri aku sendiri, aku kecewa dengan sikapku sendiri.. aku sukar untuk memaafkan kesilapan silam aku hingga membawa bayangan ngeri kepadaku hinga hari ini..aku bukan manusia sempurna, namun perubahan yang cuba aku lakukan hanya mendapat celaan serta pematah semangat hingga aku merasa tiada lagi peluang untuk aku menjadi lebih baik dari sebelumnya..

mahu saja aku meraung meluahkan pendam dihati, namun aku malu.aku takut.aku tidak cukup kuat menceritakan segalanya kerna memikirkan risiko yang bakal menimpa aku suatu hari nanti..

dan jika peluang itu diberi sekali lagi, tidak akan aku sia2kan ia.. hati manusia tiada yang tahu isinya. bukan mudah untuk menemui seorang insan yang menerima kita sekarang tanpa mengambil kira siapa kita dahulunya... mereka hanya menunding jari terhadap kisah silam hingga membuat aku jatuh rebah tidak bermaya..

pengalaman aku untuk kali ini amat memeritkan. aku terasa disindir,dihindari dan juga terbuang..aku lemah untuk meneruskan hari2 aku, namun aku tetap bertahan dan berssabar kerna aku yakin ini semua adalah dugaanNya..

aku tahu semakin hari, semakin sedikit masa yang aku perolehi..aku semakin hampir kepada ajal aku..aku hanya mampu berdoa sepaya diberikan kesempatan supaya dapat memberikan kebahagiaan kepada orang2 yang aku sayangi sebelum aku menutup mata..

berharap supaya aku dapat mencipta suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan selapanya..berharap supaya aku dapat memenuhi segala rukun yang menjadi tuntutan agama..berharap juga berkesempatan mendidik keluarga aku sendiri kejalan yang diredhoi..

aku cuma mampu berharap,merancang dan gunakan segala kesempatan yang ada..

perkara yang paling indah pernah aku harapkan adalah bertemu DIA sebelum yang lain...

No comments:

Post a Comment