Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Saturday, 10 November 2012

Aku Bukan Siapa Siapa

hubungan yg bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuram
kenapa ada pasangan yang sanggup meninggalkan pasangannya??

pernahkah kamu terfikir apakah sebab utama pasangan ini sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap kamu dan memilih insan lain sebagai ganti?

"Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita"

lelaki adalah makhluk yang ego. namun ,lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. lelaki dijadikan Allah untuk menjadi khlifah dimuka bumi ini dan senagai seorang yang bergelar pemimpin. lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. benda ini berbentuk perasaan.

perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

sebaliknya , ketiadaan perasaan ini akan menybabkan kaum lelaki dahaga, sehingga satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka, kaum lelaki sanggup bertindak secara 'desperate' demi mencari perasaan ini.

aku pernah melihat lelaki meninggalkan isteri atau kekasih mereka demi mengejar benda ini. sungguh aku tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerluka ... PENGHARGAAN ... dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

sewaktu hangat bercinta dahulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan segala perkara dan mudah tertawa dengan jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.

hangat.mesra.indah...
sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak lagi kisah tentang hal2 yang dahulunya dia amat menitik beratkan kewujudannya dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang yang memecahkan sunyi sepi, sekarang hanya disambut senyuman ala kadar dan cukup syarat.

jangan salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. penghargaan ini adalah 'driving force' dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampaikan mesej mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi:-

"Aku tidak menghargai kau lagi"

1:Bila lelaki bercakap mengenai impiannya..
wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2:Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya...
wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3:Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya...
wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya..

konkulasinya, lelaki amat dahagakan sebuah PENGHARGAAN.
lelaki sanggup meninggalkan pasangan demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

jika kamu seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi kamu dengan pasangan kamu. kamu hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif anda agar sefl-estim pasangan anda tidak runtuh. anda harus cetuskan keadaan dimana pasangan anda berasa DIHARGAI!

itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita setelah penat bersabar dan seban itulah juga lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan kamu jika kamu boleh memberinya satu penghargaan yang ikhlas.

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan..kerna..cinta itu anugerah..

andai lelaki itu seumpama burung yang terbang, wanita pula adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

tetapi, kerana fitrah kejadian Allah wanita itu bergantungnan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka tidaklah selama-lamanya wanita ini mahu menjadi angin semata-mata.

semestinya mahu menjadi bunga dimana akan menghiasi sayapnya. mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga hari tua, rapuh dan mati.

tetap bahagia dalam dakapan kasih sayang . semoga sahaja diketemukan dengan jodoh yang baik.. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment