ya Allah, jika ini adalah dugaan darimu , aku redho dengan semua ini. aku hanya mampu untuk terus berdoa dan berserah kepadaMu..andainya kesenangan telah dijanjikan atas penderitaan ini,, aku sedia meniti keperitan hidup.. andainya hambaMu ini jatuh tersungkur dalam lumpur dugaan, berilah hambaMu ini kekuatan untuk terus melangkah bergerak bersama2 waktu..
dahulu aku yakin akan erti sebuah persahabatan sehinggalah aku dikecewakan oleh seorang sahabat..pada hari itu, aku mula bertekad untuk meletakkan mertabat seorang sahabat diaras terbawah dalam hidup aku..namun pada hari ini aku mula berasa setiap insan adalah berbeza.. aku cuba untuk memberanikan diri bergaul dengan masyarakat dan mencari seseorang yg benar2 layak digelar sahabat..
namun, ternyata setiap apa kita lalui pasti disulami dugaan dariNya.. amat memilukan bila diri diasingkan. amat memedihkan tika menjadi penting bila diperlukan.. aku bersabar dengan semua ini. aku sembunyikan gulana gundahku dari pengetahuan orang lain..aku cuba mengawal emosi agar tidak tersepit di jurang tangisan..namun ternyata aku lemah. tertangis ku dalam mengejar lena saat memikirkan segala yg terjadi kepadaku.
mengapalah manusia ini suka mempergunakan insan lain seperti aku,..mengapa saat sulit perlukan bantuanku namun saat tertawa belari meninggalkan ku.. aku terkilan dgn apa yg telah terjadi.. mengapa perlu semanis gula berdamping dengan madu..tidak mahu menemani kepahitan menawarkan kedukaan.. setelah aku teliti apa yang terjadi, ternyata, aku luluh dalam diri sentiri.
jika dikatakan sahabat itu umpama pensil dan pemadam, disaan pensil melakukan kesilapan , pemadan akan lantas membantu memadami kesilapan , mengapa tidak terjadi padaku..tiap salahkku hanya akan ditundingkan jari.setiap kesilapan ku hanya akan menjadi bahan perbalahan.. setiap yg aku lakukan pasti akan dianggap perkara yang menyakitkan hati insan lain..
keadaan ini memaksa aku untuk menyendiri serta menjauhi apa yg telah ku punyai selama ini.. aku tidak mengerti mengapa harus perkara ini terjadi kepadaku..mengapa kulihat insan lain tertawa berdekah2 bersama sahabatnya, namun aku hanya mampu melihat dari jauh. setibanya aku disitu, segalanya seolah2 tiada apa2 berlaku..
aku merasa amat terasing. kemana lagi harus ku bawa diri ini agar diterima masyarakat setempat. hati,jelaskanlah padaku tentang semua ini. setiap petengkaran yg terjadi semuanya seperti salahku. hanya aku yg harus mengalah..tidak pernahkah mereka terfikir perasaanku.. begitu penat melalui semua ini.
waktu ini aku perlukan seseorang yg benar2 boleh memberiku semangat, namun, adakah dia tahu tentang penderitaan yg aku alami?? aku benar2 lelah dgn semua ini.. aku terpaksa mendiamkan diri agar hidup insan lain lebih bahagia. aku tidak mampu lagi menanggung kesakitan ini seorang diri..
tolong lah fahami alami dan dalami apa yg aku rasekan. begitu peritnya diasingkan dari segalanya.. tidak kah kau juga akan sakit jika berada ditempat ku?? aku takot untuk terus bersuara kerna tundingan jari hanya akan menyalahakan aku jika ada tersilap dan terkasar bahasa..
baiklah, jika ini adalah jalan terakhir untuk aku mengelak dari menyakiti, biarlah aku terus disakiti serta mengalami kesakitan yang tiada bandingannya..
aku rela untuk terus menyepikan diri andainya kewujudan aku bukanlah siapa2 dan wujudnya aku hanya dalam waktu susah.
terima kasih kerna mengajariku makna semua ini.. aku amat mensykuri dgn apa yang telah terjadi..
berlalunya kau pergi bukan bererti aku mati,
perginya aku dari sini hanya membawa sekeping hati..
mendiamkan diri bukan erti tewas dgn semua ini,
terdiamku agar tiada pihak terluka kernaku.
sakit dirimu,sakit juga hatiku,
terbebannya aku dengan tindihan pilu,
biarlah aku berkabung sementara waktu,
mencari semangat yang telah hilang dimamah nasib diriku.
No comments:
Post a Comment