malam tadi memang mimpi yang sama dtg lagi..tidur malam aku jadi tak lena disebabkan mimpi tu...aku seolah2 hilang arah bila memirkan hal ini...kenapa perkara yang sama berulang2 kali bermain difikiran aku..mengapa sukar untuk aku menerima kenyataan ini...hidupku seolah2 tiada ertinya, namun , aku memikul pelbagai tanggung jwb didunia ini... jiwa ku bergelora, air mata mula berlinangan tika ku mengenangkan kisah seejarah hitamku satu masa dahulu..
pernah juga aku meminta supaya perkara itu tidak terjadi, namun aku hanyalah merancang...aku masih belum menemui hikmah atas perkara yang terjadi padaku tahun lepas...aku juga masih termangu menanti jawapan yang tiddak pasti..aku hilang kepercayaan terhadap diri sendiri untuk berhadapan hari2 yang penuh dgn dguaan dan liku2 kehidupan ..
yang ku temui adalah sahabat2 dan seseorang yang sentiasa disisi untuk menceriakan hari2 ku selepas aku kehilangan hampir separuh dari semangat aku untuk terus hidup... hanya segelintir yang tahu apakah sebenarnya yang aku rahsiakan dari semua orang.. biarlah ia menjadi rahsia agar tidak ada hati yang kecewa atas diriku dan aku tidak mahu menagis simpati dari hati lain sedangkan aku mampu untuk terus menanggung semua ini sendirian...
tidak pernah aku terlintas untuk menyalahkan takdir, aku cume ternanti2 hikmah bagi semua ini.. mungkinkah hadiah itu akan ku perolehi setelah ku menghembuskan nafasku yang terakhir, atau mungkin juga aku telah menerima hadiah itu tanpa ku sedari.. aku cuba untuk menyembunyikan segalanya dari semua orang, nmun, tawa dalam tangisanku itu dapat menggambarkan bahawa aku bkanlah seorang yg tidak langsung punyai seperkara masalah...ada juga seseorang yg dapat menghidu seribu kekalutan yang cuba ku sembunyikan..
disini aku mengambil kesempatan untuk bermohon kehadratNya... jika pemilik rusukku itu telahpun kau temu kan padaku lebih awal dari sangkaanku , janganlah kau dugaku diluar kemampuanku .. sesungguhnya aku bukanlah insan yang sanggup untuk kehilangan orang yang aku sayang...aku juga insan lemah yang akan menitiskan air mata jika hatiku dikecewakan...kau berilah ku kekuatan agar dapat ku menghindari perasaan wasangka dan cemburu agar dapatku menghindari segala pertelingkahan...
tidak dapat dinafikan bahawa aku juga punyai perasaan cemburu dan sakit hati...namun aku cuba untuk berfikir positif dan menghindari dari bersyak wasangka...aku letakkan sepenuh kepercayaanku kepadanya agar aku tidak lagi memikirkan sesuatu yang juga bukan seperti yang dia mahukan ...
andaiku mampu untuk memungut bintang, akan ku lakukan untukmu, andai dapatku berikan sinar rembulan untukmu, akan aku sinari dirimu, andai dptku jadi matahari untukmu, akan ku cuba menghangatkan kesejukanmu..dan andai jika aku mampu untuk menjadi yang pertama dan terakhir untukmu, aku akan cuba untuk selalu disampingmu...
bala tentera keraguan akan musnah jika hati ditadbir oleh kerajaan kepercayaan~
No comments:
Post a Comment