Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Friday, 3 August 2012

aspirasi suara hati...

Syawal menghampiri... Ramadhan cuba meninggalkanku lagi .. setiap kali ku fikir apa yang sedang berlaku pada hari2ku , seakan2 dugaan tuhan semakin kuat menghempap rusukku..aku hampir saja lemas dalam dugaan ini..aku cuba bernafas dalam lumpur, meski perit,,akan ku cuba uraikan kekusutan ini satu persatu.. aku juga terfikir ingin sekali meluahkan segalanya kepada seseorang yang aku percayai, namun , aku tidak tahu mahu mulakan dari mna.. aku juga cuba untuk mencari jalan menceritakan kepada orang yang boleh memberiku pandangan dan nasihat dlam hal ini,namun , bukan semua orang dapat jadi seperti yang aku mahukan.. yang ku temui adalah pendengar yang terbaik..

lately , munkin salah aku mengatakan sesuatu yang amat sensitif baginya.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula terlanjur meluahkan perkataan.. aku tidak berniat ingin menyinggung hatinya, aku cuma ingin menceritakan peristiwa yang berlaku terhadapku 1masa dahulu, namun, segalanya berakhir dgn tragedi.. ingin sekali aku menjadikan hari2nya indah bersamaku, aku mahu dia sentiasa melihat diriku dalam gembira, namun , terkadang aku gagal untuk menyembunyikan masalah..

aku hairan dengan perasaanku .. aku tidak tahu ape yang aku rasakan sebenarnya.. kadang aku berasa begitu disakiti..aku gagal untuk menceritakan kepadanya kerna aku yakin,dia tidak akan menyedari hal ini kerna ia cuma perkara kecil yang mengguris perasaanku .. aku cuba untuk kekal bersabar.. aku begitu mengenali perasaan hatinya...untuk dinasihati amatlah sukar kerna sudah terbiasa dgn caranya... aku umpama cuba menitiskan air kearah berlian..

ingin sekali aku meluahkan segala yang terbuku dihati , namun, apa yang aku harapkan adalah seseorang yang boleh beri pandangan dan nasihat kepadaku .. bukan lah ribuan pendengar yang setia... ingin meluahkan namun tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.. aku sedar bukanlah aku seorang yang punyai masalah , namun, bagaimana aku harus menanggung segala tekanan sedangkan orang lain punyai pelunag untuk meluahkan perasaan mereka....aku cuba untuk menyelesaikan masalah satu persatu , namun ternyata tuhan menyayangiku , semakin banyak dugaan meninpa.. aku rela menempuh dugaan ini kerna aku yakin keindahan menantiku disebalik dugaan ini..

dikesempatan ini jugak ingin ku memperingati semula diri ku tentang sebuah kemaafan .. sangkaan ku adalah tidak tepat.. ku fikir semua orang adalah sepertiku yang mudah untuk menerima kemaafan dari orang lain , ternyata ada segelintir manusia sukar untuk menerima kemaafan orang lain.. sedarkah kau bahawa perbuatan tidak menerima maaf orang lain hanya akan menyiksanya.. sedangkan salahnya hanyalah perkara kecil... berubahlah kearah yang lebih baik...

pintaku adalah terimalah maafku jika ada salah tingkah serta silap tuturku padamu....dan janganlah kau leka dalan langkahmu hingga tanpa kau sedari , dirimu terpijak hatiku... itu saja pintaku ...


haty kering kini tersemai...
cinta bersemi subur membasahi haty...
moga kesabaranmu dan kesabaranku menjadi satu...
agar anganku menjadi impianmu...
mimpi siang malamku menjadi milikmu...
kau jaga hatiku , kan ku pelihara hatimu....

sepertimana janjiku padamu dahulu....akanku cuba pertahankan janjiku dahulu.......

No comments:

Post a Comment