Not Okay  - Rage Face Comics

Search This Blog

Sunday, 7 October 2012

suratan takdir

setelah lame aku bersama dia rupanya hanya sebuah khayalan.. aku dibutakan oleh kate2.. dia ucapkan kata cinta, rasa sayang, kasih serta perhatian, namun aku buntu memikirkan adakah ia benar?

maaf jika post kali ini menyinggung hatimu. aku buntu. aku bingung. aku tidak tentu arah memikirkan perubahan dirimu. adakah sayangmu terhadapku telah pudar dimamah masa?? aku hanya ingin tahu dimanakah diriku dihatimu? apakah tanggapan mu terhadapku? siapakah aku didalam hatimu? mengapakah semua ini berlaku? mengapa kau lakukan sebegitu??

aku terkilan mendengarkan berita bahawa dirimu memohon agar aku kembali kepada kekasih lamaku. mengapa kau berharap begitu?? tolong berikan jawapan padaku. bukan pada si dia!  setiap perkara ku pohon ceritakan padaku..tidak ku harap dipendam didalam hati.mengapa sayangku? MENGAPA??!

tidak pernah kuharap bertemu denganmu, tidak pula aku mohon jatuh hati padamu. tatkala takdir menemukan kita, siapalah kita manusia biasa ingin menghalang rsa sayang itu muncul dalam diri. aku menyangka kata sayangmu padaku adalah benar dari lubuk hatimu..namun aku buntu ingin mengatakan adakah ia benar atau tidak

mengapa perlu mengungkit kisah lama?? aku dan dia sudah berakhir. tidak lagi ingin bersatu. kau katakan hatimu bukan untukku.maka siapa aku dihatimu?? kau tidak dapat membahagiakanku. adakah ia benar??jadi mengapa kau kata sayang padaku selama ini?? hanya tuhan mengerti apa yang aku rasakan.

betapa sakitnya hati mengetahui bahawa kau menerimaku beralasankan tidak mahu aku malu dihadapan kawan2ku. mengapa tidak kau berterus terang sejak awal lagi?? setelah aku menyayangi mu sepenuh hati, selepas pelbagai kenangan bersama kita lakukan, baru kini ku sedar segala perkara yang berlaku hanyalah lakonanmu.

andainya berita yang disampaikan ini benar, katakanlah yg sejujurnya, jika ia palsu, aku berharap kau tidak mengecewakanku dan cuba berterus terang. aku mohon jasa baikmu perjelaskan segala kekalutan ini. jangan kau guris hatimu dengan menyampaikan kata2 palsu jika dirimu benar2 menyayangi aku..

jika benar kau menyayangi aku, mengapa kau lakukan semua ini?? aku cuba berubah untukmu, namun, apakah perubahan yang kau lakukan terhadapku adalah sekadar hanya ingin aku berubah tanpa sebab?? tolong berikan jawapan sebenar agar dapat ku teruskan hidup ini dengan mu.

janjiku pada diriku bahawa kaulah yang terakhir. jika ia semua sampai disini, mana kan ku cari ganti sepertimu, dimana pula akan ku dapat insan yg berjaya mengubah diriku seperti mu. benar dari hati,aku hanya mahukan dirimu.

pedihnya jika cinta hanya dalam hati. dpt ku rasakan diriku begitu terasing. titisan air mata pun belum mampu mengubati hati yang telah terlanjur mencintaimu. mengapa wujud rasa ini jika hati disakiti. benar kurasakan sejak awal, adakah dirimu dapat menerimaku yang serba kekurangan ini. setelah aku meneliti hari2 laluku, segala yg kulakukan bersamamu amat indah..tetapi jika ia kau lakukan kerna tidak mahu aku kecewa dan malu dihadapan kawan2, aku berharap kau berikan penjelasan.

apa yang terpendan dalam hati memang sukar untuk diluahkan. jika ia tidak diluahkan , ia hanya memakan diri sendiri. aku yakin dengan ucapan sayangmu padaku dahulu. namun, tatkala ini, ia menjdi ragu2 bilamana kau menyuruhku pergi padanya sedangkan dalam hatiku adamu.

aku perlukan jawapan darimu agar keragu ini berakhir dan kita dapat bersama selamanya. jika sikapku agak keterlaluan, ku pohon ampun maaf, hanya orang lain dapat menilai siapa kita. dan,hanya dirimu mampu menegur lalu mengubah ku menjadi lebih baik dari sebelumnya.

aku akui benar sikapku agak keterlaluan baginya. aku cuma mahu yang terbaik untuknya, namun , dia tidak menyukainya..aku kelu seribu bahasa, aku terjaga dari lamunan..tingkahku yang pada awalnya ingin memberi perhatian penuh telah ditolak..ia merimaskan dirinya..aku salah menyagkalkan perkara. aku temui jalan mati dalam cinta.. dia mengharapkan perubahan dariku agar dia lebih selesa bersamaku.

namun apakah yang harus aku lakukan?? aku masih belum menemui jalan yang benar.. aku mengharapkan petunjuk dari dirinya agar dapatku menjadi apa yang dia harapkan. mengapakan perubahannya begitu drastik sehingga ku rasa terabai. 

andai diriku dihatimu, apakah tanggapanmu terhadapku?? berhargakah aku dihatimu? seandainya aku pergi,adakah ia memberi kesan terhadapmu??andai ini hari terakhirku adakah hanya hari ini kau akan hargai aku??

aku yakin jika dirimu menyayangi aku, kau tidak akan meninggalkan aku sebegitu mudah. jika ini dikatakan suratan takdirku dalam bercinta , aku rehdo, namun kehilangan mu seolah2 aku kehilangan rusuk ku.

aku bermohon kau perjelaskan semua ini. tidak mampu aku menanggung beban yang begitu menyiksaku.

aku perlukan mu

~TAJ~

No comments:

Post a Comment