hari demi hari berlalu . masa begitu mencemburui kita , seperti baru meneguk air jernih terpaksa meneruskan pengembaraan .. terasa begitu cpat masa berlalu ... dalam tidak sedar , sem 1 telahpun berakhir dan masing balik dari mana meraka datang begitu juga dgn kamu .. xtau knpe hati rase lain jer bile semue ni akan berlaku .. tetapi , mahu atau tidak terpaksa la terima hakikat yang kita perlu dipisahkan jarak untuk sementara waktu .. hati berbisik selalu supaya dirimu tidak lupa yang diriku meinduimu disetiap hembusan nafas dan degupan jantungku ..
malam tadi , hanya tuhan yang tahu betapa risaunya aku terhadap keselamatan dirimu , yng mmpu aku lakukan adalh bersabar dan terus bersabar .. hampir saja aku ingin melakukan kerja gila iaitu fly kluar asrama untuk mencarimu , namun , aku tidak tahu dimana lokasimu , bagaimanakah keadaanmu , berbagai kemungkinan bermain dimindaku .. rmai yang bertanyakan kenapa aku menyendiri dan kurang bercakap malam tadi , yang mampu aku jwab adalah aku tidak sihat dan penat .. tapi , sebenarnya meraka tahu akan apa yang terjadi keatas diriku ... dan akhirnya mereka cuba menenangkan jiwa ak dan memberi semangat kepadaku ..
andainya dirimu tahu apa yang ku rasakan , mungkin kau juga akan menitiskan air mata menahan kekecewaan dan menggunungkan kesabaran .. aku cuba untuk mencari sesuatu untuk menghiburkan hatiku , tapi bile ak main game , asyik kalah je kojenye .. tension makin brtambah .. hurrr... last2nye , dah xde keje lain , ak g kacau n wat bising kat semue bilik2 kwan ak .. haha ... dalam keadaan tu pon masih ade yang tau sebenarnye aku cuba cari hiburan kerna sedang melarikan diri dari masalah ..yang aku harap dari dirimu saat itu adalah sebuah penjelasan yang jujur atas ape yg terjadi .. aku tahu sifat setia pada kwan yg ada pada dirimu , namun , mengapa disebabkan kawan , dirimu terlibat sama? andainya segalanya dirancang lebih awal dan teliti , tidak mungkin hal malam tadi terjadi ..
sebenarnya , bile aku fikir balik dan buat siasatan sendiri , memang terang2 ak mengongkong dirimu ... adakah benar semua ini ?? apekah yg sedang ak kongkongkan ?? mungkin ak seorang yg banyak cakap n bnyak complain ttg dirimu , terlalu bnyak menasihati dirimu serta menyuruhmu melakukan sesuatu ,, tetapi apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan dirimu , mungkin ak perlu kurangkan ape yang ak sedang lakukan supaya tiada lagi mata pemerhati manyaksikan bahwa ak mengongkong dirimu ..
aku kesal dgn semua ini , aku sangkakan setiap yang ak complain adalah untuk kebaikan dirimu , namun , ade pula ideologi mengatakan bahawa aku sedang cuba mengongkong dirimu ... ak tdak mahu dirimu tertekan tika bersamaku ... jika dirimu terasa tidak selesa dgn sifat diriku , nyatakanlah segalanya agar diriku sedar akan kesilapanku lalu mengubahnya supaya menjadi yang terbaik untuk dirimu ..
jelas disini aku sayangkan dirimu hingga aku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dirimu ,aku harap tidak akan wujud suara yang boleh pengaruhi akal fikiranmu hingga kau bersangka buruk terhadapku ... tidak mahu lagi ak gagal dalam bercinta , tidak mahu juga aku kehilangan orang yang aku sayang serta aku tidak mahu lagi sayang ku dikecewakan untuk sekali lagi ..
aku cuba mengawal setiap kata2ku agar tiada hati yang terluka , aku tidak mahu menggunakan kata2 kasar agar dapat memelihara hatimu , biarlah hati ini yang terkilan atas perbuatanmu asalkan hatimu tidak akan terluka kerna kata2ku.. aku rela bersabar dan mengawal amarahku untukmu .. apalah dayaku ini insan biasa, kadang tersilap juga melaksanakan tanggungjawab , oleh itu , tiada ertinya aku memarahi orang lain sedangkan aku juga melakukan kesilapan ..
akhir kata , tiada ertinya mengail ikan jika tiada kesabaran didalam jiwa , tiada ertinya menanam tumbuhan jika tidak sabar menanti hasilnya , begitulah kehidupan insan biasa diriku , akan ku cuba contohi kesabaran yang ada pada Rasulullah contoh terbaik manusia walaupun aku tahu aku tidak mungkan akan punyai tahap kesabaran yang sama seperti Beliau ... ya Allah , jika kesabaranku senipis kulit bawang , tebalkanlah ia setebal lapisan bumi , jika sabar itu begitu jauh melangit dariku , rendahkan ia kebumi agar mudah aku temui sabar itu , jika sabar itu umpama udara yang tidak dapt diperhati , berilah aku peluang untuk merasai kewujudan sabar itu ...
Amin ..
No comments:
Post a Comment